Sunday, 17 November 2013

Monday blues

Ampun....sampai lambat lagi ke Office hari ni....tapi tak la lambat sangat...hehehe

Rasanya awal sahaja aku bangun.Siap boleh update page lagi pagi-pagi buta lepas bangun tidur pagi tadi.Sebelum azan subuh aku bangun. Orang kata rezeki masuk pagi-pagi, jadinya buat kerja part time dululah sebelum subuh.

Dah lepas siap semuanya macam orang gila pula mundar mandir di ruang tamu apa nak ambil untuk keluar rumah. Rasa macam ada kerja rumah nak dibuat lagi. Betapa aku sangka cuti hujung minggu lagi hari ini sibuk nak kemas rumah. Tapi tengok-tengok balik rumah aku ini tak la kemas pun walaupun semalam cuti.

Lewat aku keluar rumah pagi. Kalau ikutkan waktu lagi 15 minit waktu dah start buat kerja. Tapi itulah....orang kata macam tak ada semangat pula nak pergi kerja walaupun dalam kepala otak ini dah tersusun apa benda nak buat bila dah sampai office nanti.Banyak kerja yang menanti aku. To do list dah terpangpang di skrin lutsinar depan mata aku ni.

Trafik pagi ini memang lancar. Clear sahaja jalan. Mana tak clear, dah keluar rumah lambat kan....Seronok aku drive kereta macam ini. Jadinya aku dan cik puteh aku pun dengan selambanya memecut dengan seronok. Tengah seronok bergabung dengan cik puteh ini memotong kereta-kereta lain tiba-tiba ternampak....eh...macam kenal je unser merah dengan no plat tu....sah...memang bos aku la tu.Santai sungguh dia bawa kereta. Siap buka tingkap,siku keluar.Macam makan angin pun ada aku nampak. Kalau macam ini bolehlah aku sampai office dulu sebelum bos.

Ok bos. Bos santai-santailah bawa kereta itu ye...saya pecut dulu. Bye-bye bos....
Entah dia perasan aku ke tak bawa kereta macam pelesit....lantaklah.

Memang aku sampai dulu sebelum bos sampai.40 minit sahaja aku drive dengan kelajuan itu dengan jalan yang tak jammed. Dah sejam aku sampai ini bos tak sampai-sampai lagi.Adey...gila santai dia bawa kereta pagi.Kira dia lagi Monday blues dari aku la ni....hehehe

Thursday, 14 November 2013

Kira Nombor Plat



Pagi ini seperti biasa aku drive sendiri ke tempat kerja. Kesesakan dan keadaan jalan pun biasa juga. Di tempat-tempat tertentu ada yang jalan clear je, ada yang sesak, ada yang jammed. Dah lumrah keadaan jalan di Malaysia ini terutama di Lembah Kelang. Seperti biasa juga aku merentas dan meredah jalan-jalan ini pergi dan balik kerja.

Disepanjang perjalanan aku dicelah-celah kenderaan lain yang berlumba-lumba ke destinasi masing-masing inilah aku buat perkara yang dah lama aku tak buat.  Secara sedar tak sedar aku mengira hasil tambah nombor-nombor plat kereta depan aku. 3309, 3+3+0+9=15, 1+5=6. 7048, 7+0=7, 4+8=12, 1+2=3, 7+3=10, 1+0=1. Seronok pula aku mengira-ngira nombor plat ni.  Ralat rasanya drive kereta sambil otak mengira-ngira nombor. Jalan yang jammed pun macam tak terasa sangat.

Teringat masa kecil-kecil dulu main kira-kira nombor plat kereta ini. Berlawan-lawan dengan seorang budak ini siapa yang cepat kira dulu. Tapi tak ingat la pula siapa budak tu. Cuma ingat aku main kira-kira lawan-lawan siapa yang cepat kira.  

Dulu otak cerdas cepat sahaja boleh kira. Pantas dan tepat. Sekarang ni macam slow la pula aku mengira. Macam dah tumpul  sikit otak ini. Kena tajamkan balik ini. Kena rajin mengira nombor-nombor lagi tiap-tiap pagi macam ini nampaknya.

Tuesday, 12 November 2013

"Biar" yang sentiasa mengingatkanku pada DIA




"biar"

mata tua yang memandang aku itu--
bundar
pudar

dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
“biar”
katanya, “biar”.

wahai ayahanda
berhentilah walau sebentar
dan renungkan mataku yang melaut
khabarkan yang jujur dan ujar
apa menyerabut?

wahai ayahanda
bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
akukan lemahmu
perikan penatmu
kisahkan jerihmu
aku mahu tahu

mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu--
harum
senyum

dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan
“biar”
katanya lagi, “biar”

wahai ayahanda
bisikkanlah walau sekali
izinkan aku menumpangkan bahu
berikan aku seperca dari beban kamu

wahai ayahanda
lihatkanlah aku
berlari kini
melompat tinggi
setiapnya kerna kau tak pernah pergi

ah, apa masih ingat lagi
aku suka lari-lari?
kau bagaikan tak peduli
ku biar kau patah hati

ah, apa masih tidak lupa
tengking jerit sama-sama?
makan tak mahu semeja
sahabat lebih berharga

ah, apa mampu kau sudikan
ampun maaf ku sujudkan?
bisa tidak kau teruskan
ku sesat kau tunjuk jalan?

ah, apa layak aku bagi?
tak terbalas sampai mati
kau sungguh yang paling tinggi
istanamu syurga nanti

Lagu ini adalah milik Fynn Jamal. Aku ambil lirik ini dari blog dia.

Setiap kali aku mendengar lagu ini, air mata ini rasa macam nak jatuh sahaja. Lagu ini sentiasa membuat rindu dan ingat pada dia. Lagu ini juga membuatkan aku teringat saat-saat dahulu yang mana aku tak mengerti apa-apa.

Terima kasih Fynn Jamal kerana membuatkan aku sentiasa mengingati Abah aku yang susah payah membesarkan aku dan adik-beradik yang lain. 

Wednesday, 6 November 2013

'You are what are you thinking'

Aku pernah terbaca 'You are what are you thinking'. Tapi aku tak ingat dari petikan buku apa. Yang aku ingat contoh yang dia bagi. 'Jika kau fikir kau adalah penulis selepas bangun dari tidur, kau adalah penulis. Sekiranya selepas bangun tidur kau adalah pelukis, maka kau adalah pelukis sehinggalah kau bangkit lagi dari tidur.'

Buku apa yang aku baca ini ye. Adakah dalam buku Pearl of Wisdom?
Aku tak ingat. Tolonglah otak aku remind.

Blog Baru untuk Bermonolog

Blog baru...
Tiba-tiba aku nak buat blog baru untuk aku bermonolog.
Selama ini aku bermonolog sendiri je dalam hati diam-diam. Orang tak tau.Kali ni macam nak share plak apa aku fikir senyap-senyap ini.

Lepas ini apa yang cakap sorang-sorang aku taip dalam blog ini la...

Welcome and good luck to myself atas blog bermonolog aku ini.