Thursday, 14 November 2013

Kira Nombor Plat



Pagi ini seperti biasa aku drive sendiri ke tempat kerja. Kesesakan dan keadaan jalan pun biasa juga. Di tempat-tempat tertentu ada yang jalan clear je, ada yang sesak, ada yang jammed. Dah lumrah keadaan jalan di Malaysia ini terutama di Lembah Kelang. Seperti biasa juga aku merentas dan meredah jalan-jalan ini pergi dan balik kerja.

Disepanjang perjalanan aku dicelah-celah kenderaan lain yang berlumba-lumba ke destinasi masing-masing inilah aku buat perkara yang dah lama aku tak buat.  Secara sedar tak sedar aku mengira hasil tambah nombor-nombor plat kereta depan aku. 3309, 3+3+0+9=15, 1+5=6. 7048, 7+0=7, 4+8=12, 1+2=3, 7+3=10, 1+0=1. Seronok pula aku mengira-ngira nombor plat ni.  Ralat rasanya drive kereta sambil otak mengira-ngira nombor. Jalan yang jammed pun macam tak terasa sangat.

Teringat masa kecil-kecil dulu main kira-kira nombor plat kereta ini. Berlawan-lawan dengan seorang budak ini siapa yang cepat kira dulu. Tapi tak ingat la pula siapa budak tu. Cuma ingat aku main kira-kira lawan-lawan siapa yang cepat kira.  

Dulu otak cerdas cepat sahaja boleh kira. Pantas dan tepat. Sekarang ni macam slow la pula aku mengira. Macam dah tumpul  sikit otak ini. Kena tajamkan balik ini. Kena rajin mengira nombor-nombor lagi tiap-tiap pagi macam ini nampaknya.

No comments:

Post a Comment