Thursday, 26 December 2013

Budak perempuan itu baru hendak mengenal dunia

Sekitar tahun 2003-2004 di sebuah kolej di Melaka. Budak perempuan ini baru keluar dari kepompong dunia kecilnya untuk mengenal dunia yang lebih luas. Di sini lah budak perempuan itu mengenal erti kehidupan dan mengenal pergaulan dengan orang lain.

Sepanjang setahun dia di sini, pelbagai ragam manusia yang dilihat dan merasai suka duka kehidupan yang baru bermula. Walaupun dia sudah keluar dari daerahnya, dia masih ditemani seseorang  yang rapat dengannya yang diberi amanat oleh keluarganya untuk menjaga dan melihat-lihat keadaaanya di situ. Adanya  orang itu, dia bagaikan ada teman walaupun bukan dapat berjumpa selalu untuk bersembang atau bergurau senda seperti selalu apabila berjumpa.

Pertama kali berjauhan bersama keluarga dan tidak pernah tinggal di asrama, pelbagai perasaan yang bercampur apabila ditinggalkan di situ. Nasib baik ada sepupunya yang menemaninya. Bila hendak menangis , si sepupu sudah mula mengusik. Tak jadilah nak menangis. Buat-buat kental tak nak kena ejek dengan si dia tu. Dua-dua memang suka mengusik dan bergurau bila berjumpa. Terasa tidak la sunyi semasa di situ.

Walaupun di tempat yang sama, mereka jarang berjumpa. Masing-masing sibuk dengan pelajaran dan aktiviti-ativiti di kolej itu. Kalau berjumpa pun nak kena ada appointment dulu. Sibuk betul si sepupu tu. Pelbagai aktiviti yang dia sertai. Budak perempuan itu pula lebih suka duduk di bilik sahaja bersama kawan-kawan yang baru dikenali.

Budak perempuan itu bukanlah budak yang bijak. Dia perlu belajar lebih lagi dan berganda dari orang-orang yang bijak di situ. Dia berusaha keras tapi keputusan semester 1 nya tidak memuaskan. Dia tak dapat nak mengadu pada sepupunya. Hanya diam dan menghubungi seseorang sahaja. Tapi tidak menghilangkan duka di hatinya…


~bersambung~

Friday, 20 December 2013

Berjuta-juta dengar pun tak mengapa


Lirik 150 Juta – Fynn Jamal



Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas jujur apa adanya”
“Aku lagi kenal dia”

Eh dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata

“Sayang mungkin baran tak kira masa”
“Tapi sayang tahan kalau yang salah saya”
“Sayang mungkin saja keras kepala”
“Tapi sayang manja bila kita berdua”
“Saya kenal sayang saya”

Buat apa di cerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja kau saja boleh rasa

Rahsia kita berdua




Ternyanyi-nyanyi sendiri aku bila dengar lagu ni. Sentiasa gak terngiang-ngiang kat telinga. Macam ada magnet pula lagu ni sejak aku dengar empunya lagu ini sendiri yang nyanyi. Bila Ainan Tasneem nyanyi takde la pula aku rasa macam menusuk ke jiwa. Asyik nak dengar sahaja suara dia nyanyi. Macam terpanah ke jiwa aku pula. Suka sangat bila penyanyi asalnya ini yang nyanyikan walaupun ada orang cakap dia bukan menyanyi tapi membaca. Tapi peduli apa aku, yang penting aku suka cara dia sampaikan lagu ini dengan penceritaan dia.

Tuesday, 17 December 2013

Laut yang terbentang luas




Laut yang terbentang luas, seluas mata memandang. Ni sahajalah yang aku pandang. Seluas mata aku. Tapi laut ini lebih luas lagi dari pandangan mata aku ini. Oh Laut, luas benar kamu ini. Mata aku tak seluas luasanmu.

Ini baru laut Selat Melaka yang dikatakan kecil sahaja. Kalau ini yang dikatakan laut yang kecil dan cetek, laut yang lain lebihlah luas dan lebih dalam dari ini. Seluas-luas laut ini ada lagi yang lebih luas kuasaNya. Ya Allah, Kau lah yang maha luas dan besar Kuasa-Mu.

Aku ini hanyalah seorang manusia kerdil yang hanya menumpah di Bumi Mu.