Thursday, 26 December 2013

Budak perempuan itu baru hendak mengenal dunia

Sekitar tahun 2003-2004 di sebuah kolej di Melaka. Budak perempuan ini baru keluar dari kepompong dunia kecilnya untuk mengenal dunia yang lebih luas. Di sini lah budak perempuan itu mengenal erti kehidupan dan mengenal pergaulan dengan orang lain.

Sepanjang setahun dia di sini, pelbagai ragam manusia yang dilihat dan merasai suka duka kehidupan yang baru bermula. Walaupun dia sudah keluar dari daerahnya, dia masih ditemani seseorang  yang rapat dengannya yang diberi amanat oleh keluarganya untuk menjaga dan melihat-lihat keadaaanya di situ. Adanya  orang itu, dia bagaikan ada teman walaupun bukan dapat berjumpa selalu untuk bersembang atau bergurau senda seperti selalu apabila berjumpa.

Pertama kali berjauhan bersama keluarga dan tidak pernah tinggal di asrama, pelbagai perasaan yang bercampur apabila ditinggalkan di situ. Nasib baik ada sepupunya yang menemaninya. Bila hendak menangis , si sepupu sudah mula mengusik. Tak jadilah nak menangis. Buat-buat kental tak nak kena ejek dengan si dia tu. Dua-dua memang suka mengusik dan bergurau bila berjumpa. Terasa tidak la sunyi semasa di situ.

Walaupun di tempat yang sama, mereka jarang berjumpa. Masing-masing sibuk dengan pelajaran dan aktiviti-ativiti di kolej itu. Kalau berjumpa pun nak kena ada appointment dulu. Sibuk betul si sepupu tu. Pelbagai aktiviti yang dia sertai. Budak perempuan itu pula lebih suka duduk di bilik sahaja bersama kawan-kawan yang baru dikenali.

Budak perempuan itu bukanlah budak yang bijak. Dia perlu belajar lebih lagi dan berganda dari orang-orang yang bijak di situ. Dia berusaha keras tapi keputusan semester 1 nya tidak memuaskan. Dia tak dapat nak mengadu pada sepupunya. Hanya diam dan menghubungi seseorang sahaja. Tapi tidak menghilangkan duka di hatinya…


~bersambung~

No comments:

Post a Comment