Sejenak Aku di paparan ini,
Ligat sebentar otakku memapar ilham.
Tentang Aku.
Aku yang bila sendiri.
Bagai hidup dalam fantasi.
Bermadah bagai punya teman di sisi.
Berbalah antara akal dan hati.
Aku bukanlah seorang yang Bijak,
Aku bukanlah seorang yang punya bakat,
Aku bukanlah seorang yang pandai berkata-kata,
Aku juga bukanlah seorang yang pandai mengarang susunan ayat,
Aku adalah Aku,
Seorang insan biasa yang amat biasa,
Tiada kelebihan yang istimewa,
Tiada penarik pabila berada di antara manusia.
Terkadang ada jua bicara di benak,
Tidak diluah tersimpan di hati.
Tenggelam Dan timbul bila sendiri.
Terasa lelah tiada pautan.
“Adey.Ramai betul orang kat sini. Nasib baik ada tempat
kosong. Perut nidah la lapar. Makan
dulu la”.
Alhmdulilah.Kenyang sudah makan. Sambil-sambil minum aku
melihat-lihat sekeliling. Kat hujung tu ada 4 remaja sedang brgurau senda. 2
lelaki 2 perempuan. “Budak-budak sekarang ni selamba je lepak-lepak kat sini
mak bapak tak marah pun. Kalau aku dulu ni confirm dah kena dengan mak dan
abang aku ni.” Aku berkata dalam hati.
Nampak pula sorang budak laki tu tengok ke arah lain. Tak layan
sangat member-member dia yg bertiga lagi tu. Aku pun pandang la ke arah budak
lelaki tu tengok. Dia memandang ke arah sepasang suami isteri bersama 2 orang
anaknya. Mereka juga menjamu selera di situ seperti orang lain.
Si ibu sibuk dengan anak-anak kecilnya yang kelihatan macam
dalam usia 1 hingga 3 tahun. Aktif anak-anak dia walaupun perempuan. Si adik memanjat di atas meja. Si kakak minta
dipangku. Si bapa sedang makan dan si ibu melayan anak-anak dahulu.
Setelah si bapa habis makan, si ibu pula yang makan. Si bapa
melayan anak-anak tapi masih gak anak-anaknya pergi ke ibu mereka. Terkocoh-kocoh
ibu tu makan. Kesian gak kt ibu tu macam tak kenyang je makan kena kacau dengan
anak-anak yang tak mau duk diam.
Aku tersenyum sendiri. Budak lelaki yang menarik aku untuk
melihat aku kejadian tu pun tersenyum sendiri.Sweet la plak budak laki tersenyum tengok keadaan yang cmtu.hehe…
Sekitar tahun 2003-2004 di sebuah kolej di Melaka. Budak
perempuan ini baru keluar dari kepompong dunia kecilnya untuk mengenal dunia
yang lebih luas. Di sini lah budak perempuan itu mengenal erti kehidupan dan
mengenal pergaulan dengan orang lain.
Sepanjang setahun dia di sini, pelbagai ragam manusia yang
dilihat dan merasai suka duka kehidupan yang baru bermula. Walaupun dia sudah
keluar dari daerahnya, dia masih ditemani seseorang yang rapat dengannya yang diberi amanat oleh
keluarganya untuk menjaga dan melihat-lihat keadaaanya di situ. Adanya orang itu, dia bagaikan ada teman walaupun
bukan dapat berjumpa selalu untuk bersembang atau bergurau senda seperti selalu
apabila berjumpa.
Pertama kali berjauhan bersama keluarga dan tidak pernah
tinggal di asrama, pelbagai perasaan yang bercampur apabila ditinggalkan di
situ. Nasib baik ada sepupunya yang menemaninya. Bila hendak menangis , si
sepupu sudah mula mengusik. Tak jadilah nak menangis. Buat-buat kental tak nak
kena ejek dengan si dia tu. Dua-dua memang suka mengusik dan bergurau bila
berjumpa. Terasa tidak la sunyi semasa di situ.
Walaupun di tempat yang sama, mereka jarang berjumpa.
Masing-masing sibuk dengan pelajaran dan aktiviti-ativiti di kolej itu. Kalau
berjumpa pun nak kena ada appointment dulu. Sibuk betul si sepupu tu. Pelbagai
aktiviti yang dia sertai. Budak perempuan itu pula lebih suka duduk di bilik
sahaja bersama kawan-kawan yang baru dikenali.
Budak perempuan itu bukanlah budak yang bijak. Dia perlu
belajar lebih lagi dan berganda dari orang-orang yang bijak di situ. Dia berusaha
keras tapi keputusan semester 1 nya tidak memuaskan. Dia tak dapat nak mengadu
pada sepupunya. Hanya diam dan menghubungi seseorang sahaja. Tapi tidak
menghilangkan duka di hatinya…
Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta apa kau pura-pura suka”
Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu
“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas jujur apa adanya”
“Aku lagi kenal dia”
Eh dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi
Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata
“Sayang mungkin baran tak kira masa”
“Tapi sayang tahan kalau yang salah saya”
“Sayang mungkin saja keras kepala”
“Tapi sayang manja bila kita berdua”
“Saya kenal sayang saya”
Buat apa di cerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada
Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua
Ternyanyi-nyanyi sendiri aku bila dengar lagu ni. Sentiasa
gak terngiang-ngiang kat telinga. Macam ada magnet pula lagu ni sejak aku
dengar empunya lagu ini sendiri yang nyanyi. Bila Ainan Tasneem nyanyi takde la
pula aku rasa macam menusuk ke jiwa. Asyik nak dengar sahaja suara dia nyanyi.
Macam terpanah ke jiwa aku pula. Suka sangat bila penyanyi asalnya ini yang
nyanyikan walaupun ada orang cakap dia bukan menyanyi tapi membaca. Tapi peduli
apa aku, yang penting aku suka cara dia sampaikan lagu ini dengan penceritaan
dia.
Laut yang terbentang luas, seluas mata memandang. Ni
sahajalah yang aku pandang. Seluas mata aku. Tapi laut ini lebih luas lagi dari
pandangan mata aku ini. Oh Laut, luas benar kamu ini. Mata aku tak seluas
luasanmu.
Ini baru laut Selat Melaka yang dikatakan kecil sahaja.
Kalau ini yang dikatakan laut yang kecil dan cetek, laut yang lain lebihlah
luas dan lebih dalam dari ini. Seluas-luas laut ini ada lagi yang lebih luas
kuasaNya. Ya Allah, Kau lah yang maha luas dan besar Kuasa-Mu.
Aku ini hanyalah seorang manusia kerdil yang hanya menumpah
di Bumi Mu.
Ampun....sampai lambat lagi ke Office hari ni....tapi tak la lambat sangat...hehehe
Rasanya awal sahaja aku bangun.Siap boleh update page lagi pagi-pagi buta lepas bangun tidur pagi tadi.Sebelum azan subuh aku bangun. Orang kata rezeki masuk pagi-pagi, jadinya buat kerja part time dululah sebelum subuh.
Dah lepas siap semuanya macam orang gila pula mundar mandir di ruang tamu apa nak ambil untuk keluar rumah. Rasa macam ada kerja rumah nak dibuat lagi. Betapa aku sangka cuti hujung minggu lagi hari ini sibuk nak kemas rumah. Tapi tengok-tengok balik rumah aku ini tak la kemas pun walaupun semalam cuti.
Lewat aku keluar rumah pagi. Kalau ikutkan waktu lagi 15 minit waktu dah start buat kerja. Tapi itulah....orang kata macam tak ada semangat pula nak pergi kerja walaupun dalam kepala otak ini dah tersusun apa benda nak buat bila dah sampai office nanti.Banyak kerja yang menanti aku. To do list dah terpangpang di skrin lutsinar depan mata aku ni.
Trafik pagi ini memang lancar. Clear sahaja jalan. Mana tak clear, dah keluar rumah lambat kan....Seronok aku drive kereta macam ini. Jadinya aku dan cik puteh aku pun dengan selambanya memecut dengan seronok. Tengah seronok bergabung dengan cik puteh ini memotong kereta-kereta lain tiba-tiba ternampak....eh...macam kenal je unser merah dengan no plat tu....sah...memang bos aku la tu.Santai sungguh dia bawa kereta. Siap buka tingkap,siku keluar.Macam makan angin pun ada aku nampak. Kalau macam ini bolehlah aku sampai office dulu sebelum bos.
Ok bos. Bos santai-santailah bawa kereta itu ye...saya pecut dulu. Bye-bye bos....
Entah dia perasan aku ke tak bawa kereta macam pelesit....lantaklah.
Memang aku sampai dulu sebelum bos sampai.40 minit sahaja aku drive dengan kelajuan itu dengan jalan yang tak jammed. Dah sejam aku sampai ini bos tak sampai-sampai lagi.Adey...gila santai dia bawa kereta pagi.Kira dia lagi Monday blues dari aku la ni....hehehe
Pagi ini seperti biasa aku drive sendiri ke tempat kerja.
Kesesakan dan keadaan jalan pun biasa juga. Di tempat-tempat tertentu ada yang
jalan clear je, ada yang sesak, ada yang jammed. Dah lumrah keadaan jalan di
Malaysia ini terutama di Lembah Kelang. Seperti biasa juga aku merentas dan
meredah jalan-jalan ini pergi dan balik kerja.
Disepanjang perjalanan aku dicelah-celah kenderaan lain yang
berlumba-lumba ke destinasi masing-masing inilah aku buat perkara yang dah lama
aku tak buat.Secara sedar tak sedar aku
mengira hasil tambah nombor-nombor plat kereta depan aku. 3309, 3+3+0+9=15,
1+5=6. 7048, 7+0=7, 4+8=12, 1+2=3, 7+3=10, 1+0=1. Seronok pula aku
mengira-ngira nombor plat ni. Ralat
rasanya drive kereta sambil otak mengira-ngira nombor. Jalan yang jammed pun
macam tak terasa sangat.
Teringat masa kecil-kecil dulu main kira-kira nombor plat
kereta ini. Berlawan-lawan dengan seorang budak ini siapa yang cepat kira dulu.
Tapi tak ingat la pula siapa budak tu. Cuma ingat aku main kira-kira
lawan-lawan siapa yang cepat kira.
Dulu otak cerdas cepat sahaja boleh kira. Pantas dan tepat.
Sekarang ni macam slow la pula aku mengira. Macam dah tumpul sikit otak ini. Kena tajamkan balik ini. Kena
rajin mengira nombor-nombor lagi tiap-tiap pagi macam ini nampaknya.